Saturday 28 July 2018

Dengan hanya RM1, anda boleh custom made gambar2 kenangan anda menggunakan Photobook app.

Sekarang anda dapat mengembalikan semula zaman gambar-gambar dicetak dan dialbumkan.

 "A picture worth a thausand words"

"A Picture Create Memories"

Tanpa kita sedar sebenarnya gambar-gambar yang kita snap or captured adalah sangat berharga buat kita pada masa depan.

Saya dah mula jatuh cinta pada Photobook masa pertama kali mencuba mencetak album gambar kenangan ketika bercuti di korea. Sahabat saya memperkenalkan app ini kepada saya dan saya terus install aplikasi photobook dan penggunaan nya sangatlah user friendly, sangat senang dan tidak perlu pertolongan dari sesiapa.

Photobook selalu memberi promosi kepada pelanggan dan saya sudah 3 kali berjaya menggunakan kupon promosi. Album yg dicetak diberi diskaun dan saya hanya perlu membayar rm1 sahaja. Postage rm8 dikenakan. Secara total saya hanya perlu membayar rm9. Kalau tak percaya belahlah dada tengok isinya... boleh tengok kat sini.

Step by step untuk print gambar2


1.  Pilih icon Photobook di paparan handphone anda seperti gambar yang di bulatkan di atas. Kalau belum ada aplikasi ini, bolehlah download dulu kat playstore kalau android dan ios kalau iphone.


2. Pilih simple book. Ada gambar bell dan bulat merah bermaksud ada promosi dari photobook. 


 Alhamdulillah, voucher code rm1 dan 50 % untuk kualiti paper yang lebih mahal. Voucher PAYDAY50 akan digunakan sebelum checkout nanti. Promosi akan berubah-ubah tau. So, tunggu je kalau ade promosi RM1 ataupun dia bagi free bagi yang first time customer. Cuma bayar duit postage je RM8.


3. Pilih 6 x 6 simple book. Saya pilih yang ni sebab promosi dia 6 x 6 Simple book. Yang lain tiada promo. Tapi kalau anda nak print album yang besar boleh sahaja tapi bayar harga full lah.


4. Pilih gambar2 di dalam handphone, instagram, facebook dan lain2. Sebanyak 20 gambar dapat dimuatkan dalam 1album. Boleh select gambar mana yg sesuai untuk front cover. Then, tekan create album.


5. Setelah selesai upload gambar, anda boleh namakan album anda mengikut tema album tersebut. Seperti contoh saya print gambar2 anak saya yg berumur 6 tahun ketika itu, jadi saya namakan album tu Luthfi 6 years old.


6. Pilih jenis kertas, default nye kertas tak berkualiti sangat, so kita boleh upgrade dan byr additional cost lah. Tapi nanti harga tak dapatlah harga promosi. Tapi kalau nak upgrade jugak terpulanglah... ok jer pun.


7. Selesai pilih kertas gambar, masa checkout tu anda masukkan voucher code tadi dalam ruangan yg disediakan, dari rm87 akan ditolak dengan rm78 dan kita hanya akan membayar rm9 sahaja.

8. Pastu pilihlah cara nak bayar. Macam saya pilih banking online maybank. So, nanti dia akan direct kan kita pada maybank website for payment.

Senang jer kan??


3 album terdahulu yg telah dicetak sebelum ni.


Nama2 album mengikut penceritaan album itu sendiri. Alahai gambar diupload terbaliklah pulak. 
a. BFF Gathering - Dash Box
b. Luthfi's Land
c. Our Story

Saya harap perkongsian saya ini dapat menyenangkan anda membuat album custom made anda yang pertama. Oh yer, lepas bayar tu, kita akan dapat order notification yang di hantar ke email, dan album akan sampai seawal 2 hari. Bolehlah susun album2 mini ini dalam almari. 

-fin-

Tuesday 24 July 2018

LAZADA BIG BABY FAIR
(25 JULY 2018 - 29 JULY 2018)



Tiap-tiap kali LAZADA Baby Fair memang saat yang ditunggu bagi kaum ibu. Masa inilah nak beli barang keperluan baby dan anak-anak dengan harga yang murah. Nak dijadikan cerita bulan ini memang belum beli pampers untuk dedek (Dedek baru 3 bulan hari ni 25.7.2018) jadi nya memang sesuai sangat lah nak membeli pampers online kat LAZADA ni. 

Dari sejak dedek dalam kandungan lagi, saya memang selalu beli barang-barang keperluan untuk dia guna online which is memang murah dari beli kat supermarket. So, saya ushar2 Drypers Touch Jumbo Pack Small (4x44s) berharga Rm93.10 (1 pack RM23.28). Di pasaraya harga satu pack around RM32.00 kalau beli 4 pack dah RM128.



DRYPERS Touch ni item premium jenama DRYPERS yang setanding MAMY POKO, sangat lembut dan x mudah bocor boleh bertahan 12jam dan anak susah nak dapat nappy rashes. Alhamdulillah sejak newborn sampai umurnya 3 bulan ni serasi pakai drypers touch ni. Lagi satu, corak luar diapers ni cantik macam beli diapers jenama offspringsnatural tu.

 corak/design drypers touch



LAZADA offer lagi dengan belian product DRYPERS melebih RM100, dapat lagi 10% discount dengan menggunakan voucher code DRYPERS7BBF10. Sebelum checkout disebabkan nak cukupkan RM100, saya beli baby wipes 100sx2 bernilai RM11.30. So total up saya bayar RM98.96 termasuk postage RM5 untuk kedua-dua barang yang saya beli tu. Punyalah rasa berbaloi-baloi beli diapers kat LAZADA. 



Dulu masa anak pertama tak pandai sangat beli online ni (7 years back) sebab beli barang anak sekali dengan barang dapur, toiletries, keperluan rumah yang lain dekat pasaraya. So, sekarang ni saya boleh kata yang saya adalah pembeli bijak. Lagipun bila dah ber anak dua masa untuk ke pasaraya dah kurang dan dedek masih kecil lagi tak berapa sesuai nak bawak ke pasaraya.

Jadi, 25 - 29 July ni, bolehlah cuci mata dan cuci poket tengok barangan baby yang mur2 kat LAZADA klik di sini. Banyak lagi barang2 lain yang menarik. Jangan lupa masukkan voucher code yer DRYPERS7BBF10. Up to 10% discount boleh dapat.

#drypersmy

#dryperstouch
#lazadamy
#lazadabigbabyfair

 Pengguna bijak!

Pilihan di tangan anda!


Monday 23 July 2018

BERCUTI KE KUALA SELANGOR CABIN CAMP (KSCC)
Alkisah... Mulanya kami bercadang nak bercuti ke #padibox Kuala Selangor nak rase duduk tengah sawah. Menikmati keindahan alam padi menguning. Tapi disebabkan padibox dah fully booked pada tarikh yg kami dah setuju, jadi terpaksa cari alternatif lain🤔.
Try juga #thecabin pun penuh jugak. Untuk tidak menghampakan hati2 yang dah teruja nak bercuti, tetiba terjumpa lah tempat ni...

KSCC ni adalah camping site yang terletak di Kuala Selangor. Dalam ladang kelapa sawit. Sesuai untuk aktiviti ber camping budak2 sekolah. 

Kami duduk sana 2hari 1malam sahaja (21/7-22-7). 4 keluarga semuanya dalam 21 orang (termasuk 3 baby). Xbanyak aktiviti, kami check-in pukul 2ptg. Rehat sebentar, pkl 5 ptg anak2 kami lepaskan mandi di kolam upacara mandi beramai2. Kolam kanak2 cetek jer. (Jangan risau)... Kaum ibu n bapa, buat BBQ panggang ayam dan ikan.

Lepas masak, kita sambut birthday anak2 yang lahir bulan 6 dan bulan 7. Upacara potong kek dan makan2. Dah kenyang kita lepak2.

Then, aktiviti makan2 bersambung semula selepas maghrib, layan anak2 main bola dan main pistol burung. Kaum bapa pula berkaraoke guna mikrofon bluetooth bawak sendiri dari rumah. 

Accomodation
Duduk dalam cabin kontena yang telah diubahsuai jadi bilik. Ada toilet. Tilam single ada 8. Bantal ade 8, selimut ade 8. Ade air-cond. 
Seriously mmg xsangka. Ingatkan bilik nye macam standard bilik resort ade katil queen, at least ade cerek letrik, peti ais kecik, sebab kat dalam website xde tunjuk dalam biliknya. Memang betul2 style campsite lah.
Terus terang kalau mmg tujuan anda nak bercamping, tempat ni mmg sangat sesuai. Tapi kalau pergi bercuti, bawak pulak anak kecik, mmg xsesuai.

Makanan
Tolong bawa makanan dari luar atau masak sendiri. Sebab kat sana xcater makanan dan kedai sangat jauh sebab tempat ni mmg sangat pedalaman. 
Ade aksi menangis dlm cabin sebab lapar. Ingatkan sampai2 boleh makan, rupenye xde tempat makan. 

Out of 5, saya bagi 1.5 bintang. 
Recommended for camping but not for family holiday.

Gambar2 ketika di sana











-fin-


Thursday 8 January 2015

1st Time Luthfi Melawat Zoo

Yeayyyy ke Zoo Negara. Dah lama xjejak Zoo Negara. Last sekali pergi time Tadika kot... Terus terang aku langsung tak ingat ape2 lagi memori ke Zoo Negara.... Ade masalah untuk mengingati kenangan lama. Even some memory masa umur tingkatan 4 ada yang dah tak ingat.

Mulanya takde planning nak pergi Zoo pun, tapi abang saya balik rumah bgtau hari ahad ni dia nak bawa Hasya pegi Zoo... Sebelum ni  pun Ayah ada hasratkan nak pegi zoo ramai2 bawak budak2, nak dijadikan cerita hubby pun keje malam balik pagi, die pun Ok so kitorg pun jadilah pegi Zoo. Cumanya Kakak xdapat ikut sebab husband dia xda. 

Disebabkan memory loss, so xingatlah keadaan Zoo zaman aku kecik dulu, xdapatlah nak comparekan dgn yang skrg. Tp yang pastinya Zoo dah lebih besar, bersih, byk pembaharuan, consider cheaper than you brought your kids to other places. Macam Luthfi masuk free jer sbb budak bawak 3 tahun free kene tunjuk Mykid. Dewasa with Mykad only RM30. Senior Citizen above 65yo Rm18 only.

Untuk pergi ke zoo, sesapa yang bawa toddler mcm kami, dinasihatkan bawaklah stroller dengan USB fan. Air jgn lupe bawak, Makanan mmg xleh bawak, tp boleh lah sorok dalam bag, beli lah nasi lemak bungkus ke kat luar. Sbb harga makanan dalam zoo mak aih mahalnya.... Air tin rm5, Jagung Rebus 1 cup Rm6. Belum lagi mknn yang berat xtaulah harganya berapa. Pakai baju yang serap peluh, pakai shoes yang comfort. Jangan mengada nak dokong anak pakai baby carrier, sbb anda pun akan penat nnt. Kalau yang bawa senior citizen, its better for you to take pram (Ala yg kite panggil keretapi jalan pusing zoo tu) sbb kaki diorg xlarat nak pusing satu Zoo tu. 

Ape haiwan yang luthfi suka tengok? Monkey jer..... yang lain die dah penat dah xconcentrate buat tantrum
Haiwan ape ade kat zoo, Monkey, Birds, Poney, Arnab, Giraffe, Tiger, Lion, Crocodile, Kangaroo, Penguin, Sea Lion, Semua Reptilia, Butterfly, Panda, sea Lion, Fish, Kura2, ade lagi binatang lain yang aku tak tahu nak sebut spesis nye ape....Badak sumbu pun ade.... 

Sebagai Rakyat Malaysia saya dengan bangganya memberikan promosi secara percuma..... Marilah beramai2 melawat Zoo Negara Malaysia. Kenalkan anak anda dengan binatang2 yang susah nak jumpa, dan ade yg spesis terancam dan hampir pupus. Takut besok dah besar die xtau pun bentuk rupe binatang yang pernah wujud kat mukabumi ni. 

 



 





 Stroller Sweet Cherry 9 beli masa Luthfi belom lahir lagi... smpi skrg masih lagi boleh dipakai dan masih elok. xyah nak beli yang mahal2. ni pun consider mahal lah 499. Tp ade yang sanggup habis beribu hanya nak beli stroller. Abang aku beli Sweet Cherry 6 pun sama smpi skg elok lagi... Luthfi lahir 2/7/2012, Hasya Lahir 24/7/2012. beza 3 minggu dan kami sepupu. Muka pun lebih kurang sama.






Hari Pertama Dalam Tahun 2015 Datang Lewat ke Pejabat

Tak terlamabat lagi agaknya untuk saya aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua.

Hari ni baru hari ke-9 dalam tahun 2015.

My 1st resolution - To eliminate late come habit to office. Last years recorded in the system that I have 14 days late come to the office. So tahun ni xnak dtg lewat dah. Tetapi baru hari ke 9 dah datang lewat 4 minit 30 saat. How to overcome this habit?

1. Bangun Awal... - Yang ni payah sikit nak follow tapi boleh cuba jaikan habit. Tp kalau aku bangun awal tp hubby dtg amik lambat atau hntr lambat pun sama jugak ttp lambat.

2. Jangan bergantung kat hubby - Yang ni susah nak direalisasikan. Kereta ada satu sahaja and not afford to buy 2nd car. Dulu hubby ada motor, tp disebabkan dia kerja shift jadi aku tak galakkan. Sebabnya takut dia tertido masa naik motor, eksiden, cuaca yang tak menentu lagi.

2nd Resolution - To give Luthfi adik
Yang i memang bekerja keras. Mmg target luthfi masuk 3 tahun, die kene ade adik sorang. Lagipun tahun ni aku dah masuk 30 tahun. Tak boleh berlengah......Period dah lewat 12 hari. Masa hari ke 6 dah buat pregnancy test tapi negative? Hmm kene buat lagi sekali pregnancy test ni... Tiap2 hari kene amalkan asid folic. So asid folic nye stok dah habis kene beli hari ni.

3rd Resolution - To be healthy
Xsemestinya healthy tu mesti kene kurus, tapi cuba jugalah untuk kurus.... Erobik tu mmg dah mula dari akhir tahun 2014, Consume more water, food intake. Sekarang ni tgh jaga kesihatan kulit wajah juga. kalau dulu main basuh je muka, tak pakai apepun toner ke, cream UV protection ke, moisturiser ke, mask ke, scrub ke.... semua tu tak jaga, sekarang dah mula pakai D'nas colagen toner, cream siang dan malam, pakai aloevera gel utk moisturiser muka, 2 kali seminggu pakai serum dan mask muka. macam seronok sebab kdg2 buat kan untuk hubby sekali best die lak sporting.....Haaa lagi satu birthday tahun lepas hubby belikan 5 kali sesi buat facial treatment. So, tiap2 bulan kene pegi buat facial. lifting la...anti-ageing la...


Wednesday 1 January 2014

New Year Resolution - Change Begin With Me

Asslamualaikum,

Selamat Tahun Baru untuk semua kenalan, saudara, dan juga keluarga. Tersentak dari lamunan setelah beberapa tahun meninggalkan aktiviti ber blog ni tetiba dapat satu kekuatan diri yang kuat menyatakan keinginan untuk ber blog semula. Bagi saya blog ni adalah watikah untuk diri saya sendiri, macam diari menceritakan sesuatu yang telah terjadi, berkongsi dgn yang lain tentang kenangan pahit manis yang telah saya lalui dan maybe sebagai share of tots. As well as to polish my informal writing skill. Kind of interesting and hopefully keinginan ini bukan hanya sampai di sini. 

1.1.2014. Hari beridah bersama family (Ayah, Ibu, Abang, Sis in Law, niece and my Lil' Einstein my son.
We went to Wangsa Bowl, Setia City Mall for bowling bonding session.

Picture request by my SIL sbb anak2 macam behave jer duk dalam stroller memasing.

 Picture taken by Ms Bro. Sebenarnye nak teman ayah n Ap main jer sambil bawak Lil' Einstein g jalan2 tapi last sekali gatal gak nak main. Amik 1 game jer takut Lil' Einstein tu mengamuk payah lak nak pujuk. Excited betul budak2 tu, tgk atok baling bola tu...

After bowl. Went to Mohd Chan chinese muslim restaurant at Setia Alam. Both of them tido serentak. senanglah mummy2 atuk and wan makan. Feeling wonderful.

Perasan x???

1. Perasan tak, saya xde pon cite pasal Mr. Hubby. Actually my hubby keje pagi lak hari ni. So, aktiviti pada hari ini without him. Its okay, selalu nak kuar g jenjalan dah mintak izin die dulu. Sebab nak bawak anak kan..kang ape2 terjadi xbgtau die, mesti die marah.  

2. Perasan tak, baju 2 budak comey ni sama. Poney jual beli 1 dapat 2, So ade kaler biru ade kaler pink, mmg xde tunggu mmg trs beli jer. 

3. Perasan tak, my sister xde dalam citer ni. My niece lagi satu batuk n selsema teruk (baru 9 bulan). Ikutkan my sis nak ikut tapi die takut nnt anak die meragam n takut berjangkit lak kat 2 buday nie... So, she left at home. Best gak kalau semua ade,rindu gak dgn si mia tu.

Tapi tajuk citer yg ni bukan lah nak bgtau pergi riadah. Tajuk citer sebenarnye New Year Resolution - Change Begin With Me.

Sy belajar dari seorang mentor saya Pn Nazuha, Azam/Goal setting ni must be published or make known to others. Let others know what we are going to do or achieve by year 2014.

Kenapa Change Begin With Me?? Kalau kite nak org lain berubah, kite kenelah berubah dulu. 

My 2014 Resolutions
1. Lebih Sihat - Menjaga Kesihatan
-Kalau tahun lepas saya azam nak kurus tp xkurus. Tahun ni saya tukar dari kurus kepada untuk menjadi lebih sihat. Dengan cara:-
a) Minum Air lebih 8 gelas sehari or 3littre per day
b) byk kan minum air kosong
c) Kurangkan makan nasi
d) beriadah - jogging, cycling
e) Take supplement - Habatus Saudah, Olive Oil, Madu , Cuka buah2han
f) Jadikan ini sebagai amalan keluarga.
Insyaallah, kalau badan lebih sihat, penyakit jauh dari kita dan at the same time azam nk kurus tahun lepas tu pun boleh tercapai.

2. Lebih mendekatkan diri dengan Allah S.W.T
a) Tahun ni nak jaga solat dan waktu solat serta banyakkan solat sunat
b) Amalkan membaca Al-Quran dan tafsir Al-Quran. Org bgtau saya sebenarnye kalau org yang baru nak kenal islam, mereka merasakan Al-Quran itu sangat menarik kerana ia seperti buku cerita. 
c) Make it as habit hari Khamis lepas Maghrib baca Surah Yasin dan Surah Al-Mulk.
d) Dah lama xsembahyang berjemaah dgn hubby sebab susun atur bilik kat rumah baru tu xde space utk nak sembahyang berjemaah. Nanti nak suarakan pendapat ni dgn hubby. 
e) Lagi satu, nak puasa sunat dan puasa ganti lahirkan Lil' Einstein hari tu xhabis2 lagi.

3. Investment
Tahun ni nak start buat GOLD Investment. Nak belajar secara detail ape itu gold investment sebenarnye. Dah lama tau pasal ni tapi belum ade rezeki. So, dah boleh start tahun ni untuk implement knowledge and create more wealth to my family. 

4. Better Wife for Him.
Tahun lepas, banyak gak salah dan silap yang dah dilakukan. Nak jadi better wife ni paling susah nak dicapai. Setiap tahun banyak jer halangan seperti panas baran....cepat melenting, tinggi suara, xbuatkan ape yang die mintak. Clean up my mind so that I can do better for him.

5. 2nd child 
Akhir 2014, nak plan for second child. Eventhough mesti ade yg nak kate, "Itupun nak bagitau kat sini, hal dalam kelambu simpan kat rumah la". Nope my friend...for me is not wrong. This is my planning for the whole year. Hopefully dengan Izin Allah S.W.T, rezeki untuk tambah anak lagi sorang.

Dear Allah S.W.T, please help me to go through this year with flying colours. 

Hamba Allah,
Me.