Saturday, 28 July 2018

Dengan hanya RM1, anda boleh custom made gambar2 kenangan anda menggunakan Photobook app.

Sekarang anda dapat mengembalikan semula zaman gambar-gambar dicetak dan dialbumkan.

 "A picture worth a thausand words"

"A Picture Create Memories"

Tanpa kita sedar sebenarnya gambar-gambar yang kita snap or captured adalah sangat berharga buat kita pada masa depan.

Saya dah mula jatuh cinta pada Photobook masa pertama kali mencuba mencetak album gambar kenangan ketika bercuti di korea. Sahabat saya memperkenalkan app ini kepada saya dan saya terus install aplikasi photobook dan penggunaan nya sangatlah user friendly, sangat senang dan tidak perlu pertolongan dari sesiapa.

Photobook selalu memberi promosi kepada pelanggan dan saya sudah 3 kali berjaya menggunakan kupon promosi. Album yg dicetak diberi diskaun dan saya hanya perlu membayar rm1 sahaja. Postage rm8 dikenakan. Secara total saya hanya perlu membayar rm9. Kalau tak percaya belahlah dada tengok isinya... boleh tengok kat sini.

Step by step untuk print gambar2


1.  Pilih icon Photobook di paparan handphone anda seperti gambar yang di bulatkan di atas. Kalau belum ada aplikasi ini, bolehlah download dulu kat playstore kalau android dan ios kalau iphone.


2. Pilih simple book. Ada gambar bell dan bulat merah bermaksud ada promosi dari photobook. 


 Alhamdulillah, voucher code rm1 dan 50 % untuk kualiti paper yang lebih mahal. Voucher PAYDAY50 akan digunakan sebelum checkout nanti. Promosi akan berubah-ubah tau. So, tunggu je kalau ade promosi RM1 ataupun dia bagi free bagi yang first time customer. Cuma bayar duit postage je RM8.


3. Pilih 6 x 6 simple book. Saya pilih yang ni sebab promosi dia 6 x 6 Simple book. Yang lain tiada promo. Tapi kalau anda nak print album yang besar boleh sahaja tapi bayar harga full lah.


4. Pilih gambar2 di dalam handphone, instagram, facebook dan lain2. Sebanyak 20 gambar dapat dimuatkan dalam 1album. Boleh select gambar mana yg sesuai untuk front cover. Then, tekan create album.


5. Setelah selesai upload gambar, anda boleh namakan album anda mengikut tema album tersebut. Seperti contoh saya print gambar2 anak saya yg berumur 6 tahun ketika itu, jadi saya namakan album tu Luthfi 6 years old.


6. Pilih jenis kertas, default nye kertas tak berkualiti sangat, so kita boleh upgrade dan byr additional cost lah. Tapi nanti harga tak dapatlah harga promosi. Tapi kalau nak upgrade jugak terpulanglah... ok jer pun.


7. Selesai pilih kertas gambar, masa checkout tu anda masukkan voucher code tadi dalam ruangan yg disediakan, dari rm87 akan ditolak dengan rm78 dan kita hanya akan membayar rm9 sahaja.

8. Pastu pilihlah cara nak bayar. Macam saya pilih banking online maybank. So, nanti dia akan direct kan kita pada maybank website for payment.

Senang jer kan??


3 album terdahulu yg telah dicetak sebelum ni.


Nama2 album mengikut penceritaan album itu sendiri. Alahai gambar diupload terbaliklah pulak. 
a. BFF Gathering - Dash Box
b. Luthfi's Land
c. Our Story

Saya harap perkongsian saya ini dapat menyenangkan anda membuat album custom made anda yang pertama. Oh yer, lepas bayar tu, kita akan dapat order notification yang di hantar ke email, dan album akan sampai seawal 2 hari. Bolehlah susun album2 mini ini dalam almari. 

-fin-

Tuesday, 24 July 2018

LAZADA BIG BABY FAIR
(25 JULY 2018 - 29 JULY 2018)



Tiap-tiap kali LAZADA Baby Fair memang saat yang ditunggu bagi kaum ibu. Masa inilah nak beli barang keperluan baby dan anak-anak dengan harga yang murah. Nak dijadikan cerita bulan ini memang belum beli pampers untuk dedek (Dedek baru 3 bulan hari ni 25.7.2018) jadi nya memang sesuai sangat lah nak membeli pampers online kat LAZADA ni. 

Dari sejak dedek dalam kandungan lagi, saya memang selalu beli barang-barang keperluan untuk dia guna online which is memang murah dari beli kat supermarket. So, saya ushar2 Drypers Touch Jumbo Pack Small (4x44s) berharga Rm93.10 (1 pack RM23.28). Di pasaraya harga satu pack around RM32.00 kalau beli 4 pack dah RM128.



DRYPERS Touch ni item premium jenama DRYPERS yang setanding MAMY POKO, sangat lembut dan x mudah bocor boleh bertahan 12jam dan anak susah nak dapat nappy rashes. Alhamdulillah sejak newborn sampai umurnya 3 bulan ni serasi pakai drypers touch ni. Lagi satu, corak luar diapers ni cantik macam beli diapers jenama offspringsnatural tu.

 corak/design drypers touch



LAZADA offer lagi dengan belian product DRYPERS melebih RM100, dapat lagi 10% discount dengan menggunakan voucher code DRYPERS7BBF10. Sebelum checkout disebabkan nak cukupkan RM100, saya beli baby wipes 100sx2 bernilai RM11.30. So total up saya bayar RM98.96 termasuk postage RM5 untuk kedua-dua barang yang saya beli tu. Punyalah rasa berbaloi-baloi beli diapers kat LAZADA. 



Dulu masa anak pertama tak pandai sangat beli online ni (7 years back) sebab beli barang anak sekali dengan barang dapur, toiletries, keperluan rumah yang lain dekat pasaraya. So, sekarang ni saya boleh kata yang saya adalah pembeli bijak. Lagipun bila dah ber anak dua masa untuk ke pasaraya dah kurang dan dedek masih kecil lagi tak berapa sesuai nak bawak ke pasaraya.

Jadi, 25 - 29 July ni, bolehlah cuci mata dan cuci poket tengok barangan baby yang mur2 kat LAZADA klik di sini. Banyak lagi barang2 lain yang menarik. Jangan lupa masukkan voucher code yer DRYPERS7BBF10. Up to 10% discount boleh dapat.

#drypersmy

#dryperstouch
#lazadamy
#lazadabigbabyfair

 Pengguna bijak!

Pilihan di tangan anda!


Monday, 23 July 2018

BERCUTI KE KUALA SELANGOR CABIN CAMP (KSCC)
Alkisah... Mulanya kami bercadang nak bercuti ke #padibox Kuala Selangor nak rase duduk tengah sawah. Menikmati keindahan alam padi menguning. Tapi disebabkan padibox dah fully booked pada tarikh yg kami dah setuju, jadi terpaksa cari alternatif lain🤔.
Try juga #thecabin pun penuh jugak. Untuk tidak menghampakan hati2 yang dah teruja nak bercuti, tetiba terjumpa lah tempat ni...

KSCC ni adalah camping site yang terletak di Kuala Selangor. Dalam ladang kelapa sawit. Sesuai untuk aktiviti ber camping budak2 sekolah. 

Kami duduk sana 2hari 1malam sahaja (21/7-22-7). 4 keluarga semuanya dalam 21 orang (termasuk 3 baby). Xbanyak aktiviti, kami check-in pukul 2ptg. Rehat sebentar, pkl 5 ptg anak2 kami lepaskan mandi di kolam upacara mandi beramai2. Kolam kanak2 cetek jer. (Jangan risau)... Kaum ibu n bapa, buat BBQ panggang ayam dan ikan.

Lepas masak, kita sambut birthday anak2 yang lahir bulan 6 dan bulan 7. Upacara potong kek dan makan2. Dah kenyang kita lepak2.

Then, aktiviti makan2 bersambung semula selepas maghrib, layan anak2 main bola dan main pistol burung. Kaum bapa pula berkaraoke guna mikrofon bluetooth bawak sendiri dari rumah. 

Accomodation
Duduk dalam cabin kontena yang telah diubahsuai jadi bilik. Ada toilet. Tilam single ada 8. Bantal ade 8, selimut ade 8. Ade air-cond. 
Seriously mmg xsangka. Ingatkan bilik nye macam standard bilik resort ade katil queen, at least ade cerek letrik, peti ais kecik, sebab kat dalam website xde tunjuk dalam biliknya. Memang betul2 style campsite lah.
Terus terang kalau mmg tujuan anda nak bercamping, tempat ni mmg sangat sesuai. Tapi kalau pergi bercuti, bawak pulak anak kecik, mmg xsesuai.

Makanan
Tolong bawa makanan dari luar atau masak sendiri. Sebab kat sana xcater makanan dan kedai sangat jauh sebab tempat ni mmg sangat pedalaman. 
Ade aksi menangis dlm cabin sebab lapar. Ingatkan sampai2 boleh makan, rupenye xde tempat makan. 

Out of 5, saya bagi 1.5 bintang. 
Recommended for camping but not for family holiday.

Gambar2 ketika di sana











-fin-