BERCUTI KE KUALA SELANGOR CABIN CAMP (KSCC)
Alkisah... Mulanya kami bercadang nak bercuti ke #padibox Kuala Selangor nak rase duduk tengah sawah. Menikmati keindahan alam padi menguning. Tapi disebabkan padibox dah fully booked pada tarikh yg kami dah setuju, jadi terpaksa cari alternatif lain🤔.
Try juga #thecabin pun penuh jugak. Untuk tidak menghampakan hati2 yang dah teruja nak bercuti, tetiba terjumpa lah tempat ni...
KSCC ni adalah camping site yang terletak di Kuala Selangor. Dalam ladang kelapa sawit. Sesuai untuk aktiviti ber camping budak2 sekolah.
Kami duduk sana 2hari 1malam sahaja (21/7-22-7). 4 keluarga semuanya dalam 21 orang (termasuk 3 baby). Xbanyak aktiviti, kami check-in pukul 2ptg. Rehat sebentar, pkl 5 ptg anak2 kami lepaskan mandi di kolam upacara mandi beramai2. Kolam kanak2 cetek jer. (Jangan risau)... Kaum ibu n bapa, buat BBQ panggang ayam dan ikan.
Lepas masak, kita sambut birthday anak2 yang lahir bulan 6 dan bulan 7. Upacara potong kek dan makan2. Dah kenyang kita lepak2.
Then, aktiviti makan2 bersambung semula selepas maghrib, layan anak2 main bola dan main pistol burung. Kaum bapa pula berkaraoke guna mikrofon bluetooth bawak sendiri dari rumah.
Accomodation
Duduk dalam cabin kontena yang telah diubahsuai jadi bilik. Ada toilet. Tilam single ada 8. Bantal ade 8, selimut ade 8. Ade air-cond.
Seriously mmg xsangka. Ingatkan bilik nye macam standard bilik resort ade katil queen, at least ade cerek letrik, peti ais kecik, sebab kat dalam website xde tunjuk dalam biliknya. Memang betul2 style campsite lah.
Terus terang kalau mmg tujuan anda nak bercamping, tempat ni mmg sangat sesuai. Tapi kalau pergi bercuti, bawak pulak anak kecik, mmg xsesuai.
Makanan
Tolong bawa makanan dari luar atau masak sendiri. Sebab kat sana xcater makanan dan kedai sangat jauh sebab tempat ni mmg sangat pedalaman.
Ade aksi menangis dlm cabin sebab lapar. Ingatkan sampai2 boleh makan, rupenye xde tempat makan.
Out of 5, saya bagi 1.5 bintang.
Recommended for camping but not for family holiday.
Gambar2 ketika di sana
-fin-










No comments:
Post a Comment